Pantai Irama terletak di dalam Daerah Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Daerah Bachok dan juga penduduk Negeri Kelantan khususnya.Terdapat pelbagai infrastruktur yang disediakan dikawasan pantai seperti gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat letak kerata yang sistematik, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak. Pantai ini menghadap Laut China Selantan dan telah ditambak bagi mengelakkan hakisan dari berlaku. Pantai ini sering dikujungi pada hari minggu (Jumaat dan Sabtu) dan seringkali dijadikan tempat mengadakan pesta dan pelbagai acara keramaian.
Saya tidak melepaskan peluang untuk datang bersantai di sini bagi mengisi masa terluang bersama keluarga. Kami menghabiskan masa dengan berkelah, menaiki buaian dan menikmati makanan yang dijual disekitar pantai tersebut. Banyak pengalaman dan memori manis yang terpahat dan tidak dapat dilupakan sepanjang berada di sini.
No comments:
Post a Comment