Sunday, July 14, 2019

KAJIAN MASYARAKAT SIAM DI KELANTAN

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK


KAJIAN MASYARAKAT SIAM DI KELANTAN : ASIMILASI KEBUDAYAAN ETNIK SIAM DALAM BUDAYA MELAYU KELANTAN



     Malaysia merupakan sebuah Negara yang begitu unik kerana terkenal dengan masyarakat majmuk di mana masyarakat ini terdiri daripada pelbagai etnik, keturunan, bangsa, bahasa, agama, adat resam, kebudayaan dan sebagainya. Sejajar dengan masyarakat di negeri-negeri lain di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan atau bangsa dan sebagainya, masyarakat di Kelantan juga terdiri daripada pelbagai kelompok bangsa dan asal keturunan yang begitu unik untuk diperkatakan atau diceritakan dari pelbagai sudut samaada dari segi bangsa, etnik, keturunan, bahasa, agama, adat resam, serta amalan kebudayaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai masyarakat. Salah satu daripada kumpulan masyarakat di Kelantan yang menarik untuk diketengahkan dalam kajian ini ialah masyarakat berketurunan Siam yang menganuti agama Buddha. Masyarakat Siam ini walaupun kecil di kalangan masyarakat melayu di Kelantan, ianya agak unik dan kaya dengan sejarah yang tersendiri. Kajian untuk mengenalpasti kebudayaan masyarakat Siam ini sangat diperlukan kerana ianya boleh menolong usaha perpaduan kaum dan ianya juga dapat mencerminkan bahawa masyarakat minoriti ini tidak dipinggirkan di kalangan masyarakat lain di Kelantan. Jika dilihat dari sudut dakwah pula, kajian seperti ini lebih diperlukan. Ini kerana pengetahuan yang tepat berhubung dengan budaya kaum yang menjadi sasaran dakwah, terutama dari sudut agama, kepercayaan dan perasaan hormat menghormati terhadap bangsa lain menjamin hasil yang lebih tepat dan harmonis. Ini kerana sesuatu program dakwah yang diatur tanpa melihat atau menyelami terlebih dahulu keadaan sasaran secara mendalam bukan setakat sukar mendapat kejayaan, malah boleh menimbulkan fitnah dan masalah serta mendorong kepada berlakunya perpecahan kaum. Kajian untuk tujuan tersebut sangat diperlukan pada setiap masa.

    Lokasi dan corak penempatan sebuah komuniti sangat berkait rapat dengan sifat geografinya, khususnya yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi dan perhubungan. Dari segi itu, hampir semua komuniti Siam di Kelantan menampakkan persamaan. Perkampungan mereka terletak berhampiran dengan laut dan sungai serta terlibat dalam kegiatan pertanian padi sawah. Tegasnya, mereka adalah komuniti kampung dan kegiatan utama ialah bertani. Berdasarkan itu, boleh dibuat kesimpulan bahawa penghijrahan mereka di Kelantan atau dari tempat perkampungan asal mereka ialah melalui perjalanan laut dan sungai tetapi bukan perjalanan daratan. Penelitian yang dibuat oleh Golomb (1978) terhadap komuniti Siam di Tak Bai, yang dianggap induk kepada komuniti Siam di Tumpat berpendapat bahawa perhubungan jalan darat adalah suatu yang baru. Sebelum itu, tidak terdapat rangkaian jalan raya dan kereta api, hubungan dengan wilayah utara melalui jalan darat adalah tertutup. Sebaliknya, perhubungan dan pengangkutan jalan laut atau sungai antara komuniti Siam di Tak Bai dengan komuniti Siam di Tumpat lebih mudah dan cepat berbanding jalan darat, bukan sahaja pada masa lalu tetapi juga sekarang.

    Sejarah sebenar mengenai komuniti Siam di Kelantan, termasuk di Tumpat tidak atau belum diketahui dengan sempurna. Anggota komuniti yang ada sekarang pada umumnya gagal untuk memberi kepastian tentang sejarah penempatan mereka. Besar kemungkinan benar bahawa perpindahan mereka ke Kelantan berlaku selepas penempatan orang Siam di Patani dan Narathiwat. Perpindahan ini seperti yang dinyatakan oleh Golomb lebih bersifat beberapa keluarga keluar dari kampung asal untuk mencari kawasan baru dan mereka bergerak ke selatan. Namun, sejarah sebelum itu terutama semasa berada di Wilayah Patani atau Narathiwat termasuk Tak Bai tidak diketahui dengan pasti. Golomb (1978) berpendapat penempatan di Tumpat berlaku lebih kurang 100 tahun lalu.

    Hakikatnya Kelantan memiliki kuil Buddha yang terbesar di Asia Tenggara. "Wat Machimmaram" dibina oleh masyarakat Thai Kelantan dan kini sudah pun bercampur dengan budaya Cina tempatan. Oleh itu senibinanya dikatakan campuran pengaruh budaya Siam dan Cina. Kuil yang terletak di Tumpat Kelantan ini merupakan Patung Buddha Duduk (Sitting Buddha) yang terbesar di Asia Tenggara. Kuil yang mempunyai ketinggian 30 meter dengan lebar 47 meter ini, menjadi salah satu lokasi pelancongan yang dikenali oleh ramai pelancong. Satu lagi binaan yang juga terbesar di Asia Tenggara ialah Patung Buddha Tidur yang terletak di Kampung Beruk (nama lama) atau Kampung Jambu (nama baru). The Sleeping Buddha ini juga terletak di Daerah Tumpat, Kelantan dan diberi nama Wat Photivihan. Mengikut sejarah, pertalian Kelantan-Siam dikatakan bermula sejak pertengahan abad ke 13. Waktu itu orang-orang Siam sudah mula menyumbangkan pengaruh kekuasaannya ke Selatan Lembah Sungai Chao Phraya, menurun ke kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu (Nik Mohamed dlm. Alias Mohamed 1977). Walau bagaimanapun pertalian ini berubah menjadi perlindungan apabila Long Muhammad menjadi Sultan Muhammad I pada tahun 1800/1801. Baginda menghantar Pak Wan Mahmud sebagai utusan menghadap Maharaja Siam dan sebagai tanda perhubungan setia Sultan Muhammad mengirim bunga mas ke Siam tiga tahun sekali. Pada tahun 1832 Sultan sekali lagi menghantar utusan ke Ligor dan dari Ligor ke Bangkok mengadap Maharaja Siam kerana bimbang akan ancaman dari Terengganu yang berpakat dengan Pattani. Kepulangan utusan itu membawa bersama suatu persetiaan antara negeri Kelantan dengan Kerajaan Siam diwujudkan dan Kelantan hendaklah menghantar ufti bunga emas tiap-tiap tiga tahun sekali ke Siam sebagai balasan di atas kesanggupan Siam mengawasi musuh-musuh dari. Kekuatan pengaruh Siam dapat dilihat melalui tindakan Raja Siam yang telah memperkenankan Long Senik Mulut Merah menjadi Raja Kelantan pada tahun 1837 dengan gelaran Sultan Muhammad II apabila Sultan Muhammad I mangkat pada tahun 1835. Apa yang jelas, hanya pada akhir kurun ke 18, Siam dikatakan telah menguasai Kelantan dan ini berakhir hingga tahun 1909 apabila negeri itu bersama-sama Kedah, Perlis dan Terengganu dipindahkan ke tangan British dalam perjanjian Anglo-Siamese. Menurut Perjanjian Siam-Inggeris 1909, Kerajaan Siam bersetuju menyerahkan segala haknya keatas Negeri Kelantan kepada British. Dengan perjanjian ini maka Kelantan telah kehilangan sebuah jajahan yang menurut Kitab Tarikh Kelantan adalah seperti berikut: "Pada masa negeri Kelantan bersetia dengan Siam adalah lebih kurang 15,000 oang Siam yang mendiami tempat-tempat di sebelah kanan mudik Sungai Tabal itu. Tetapi oleh sebab Surat Setia di antara kerajaan Siam dengan Kerajaan Inggeris yang berkenaan dengan perkara penyerahan negeri Kelantan, Kedah, dan Terengganu tidaklah diperbuat oleh Kerajaan Siam, bahawa Sungai Tabal itu sempadan jajahan Siam dengan jajahan Kelantan serta ditolakkan sebuah daerah di dalam Legeh yang dibawah bendera Siam kepada Kelantan iaitu sebelah ulu negeri Kelantan dan setengah tanah dalam jajahan Reman yang di bawah benderanya jua kepada negeri Perak.

No comments:

Post a Comment