Sunday, July 14, 2019

KAJIAN MASYARAKAT SIAM DI KELANTAN

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK


KAJIAN MASYARAKAT SIAM DI KELANTAN : ASIMILASI KEBUDAYAAN ETNIK SIAM DALAM BUDAYA MELAYU KELANTAN



     Malaysia merupakan sebuah Negara yang begitu unik kerana terkenal dengan masyarakat majmuk di mana masyarakat ini terdiri daripada pelbagai etnik, keturunan, bangsa, bahasa, agama, adat resam, kebudayaan dan sebagainya. Sejajar dengan masyarakat di negeri-negeri lain di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan atau bangsa dan sebagainya, masyarakat di Kelantan juga terdiri daripada pelbagai kelompok bangsa dan asal keturunan yang begitu unik untuk diperkatakan atau diceritakan dari pelbagai sudut samaada dari segi bangsa, etnik, keturunan, bahasa, agama, adat resam, serta amalan kebudayaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai masyarakat. Salah satu daripada kumpulan masyarakat di Kelantan yang menarik untuk diketengahkan dalam kajian ini ialah masyarakat berketurunan Siam yang menganuti agama Buddha. Masyarakat Siam ini walaupun kecil di kalangan masyarakat melayu di Kelantan, ianya agak unik dan kaya dengan sejarah yang tersendiri. Kajian untuk mengenalpasti kebudayaan masyarakat Siam ini sangat diperlukan kerana ianya boleh menolong usaha perpaduan kaum dan ianya juga dapat mencerminkan bahawa masyarakat minoriti ini tidak dipinggirkan di kalangan masyarakat lain di Kelantan. Jika dilihat dari sudut dakwah pula, kajian seperti ini lebih diperlukan. Ini kerana pengetahuan yang tepat berhubung dengan budaya kaum yang menjadi sasaran dakwah, terutama dari sudut agama, kepercayaan dan perasaan hormat menghormati terhadap bangsa lain menjamin hasil yang lebih tepat dan harmonis. Ini kerana sesuatu program dakwah yang diatur tanpa melihat atau menyelami terlebih dahulu keadaan sasaran secara mendalam bukan setakat sukar mendapat kejayaan, malah boleh menimbulkan fitnah dan masalah serta mendorong kepada berlakunya perpecahan kaum. Kajian untuk tujuan tersebut sangat diperlukan pada setiap masa.

    Lokasi dan corak penempatan sebuah komuniti sangat berkait rapat dengan sifat geografinya, khususnya yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi dan perhubungan. Dari segi itu, hampir semua komuniti Siam di Kelantan menampakkan persamaan. Perkampungan mereka terletak berhampiran dengan laut dan sungai serta terlibat dalam kegiatan pertanian padi sawah. Tegasnya, mereka adalah komuniti kampung dan kegiatan utama ialah bertani. Berdasarkan itu, boleh dibuat kesimpulan bahawa penghijrahan mereka di Kelantan atau dari tempat perkampungan asal mereka ialah melalui perjalanan laut dan sungai tetapi bukan perjalanan daratan. Penelitian yang dibuat oleh Golomb (1978) terhadap komuniti Siam di Tak Bai, yang dianggap induk kepada komuniti Siam di Tumpat berpendapat bahawa perhubungan jalan darat adalah suatu yang baru. Sebelum itu, tidak terdapat rangkaian jalan raya dan kereta api, hubungan dengan wilayah utara melalui jalan darat adalah tertutup. Sebaliknya, perhubungan dan pengangkutan jalan laut atau sungai antara komuniti Siam di Tak Bai dengan komuniti Siam di Tumpat lebih mudah dan cepat berbanding jalan darat, bukan sahaja pada masa lalu tetapi juga sekarang.

    Sejarah sebenar mengenai komuniti Siam di Kelantan, termasuk di Tumpat tidak atau belum diketahui dengan sempurna. Anggota komuniti yang ada sekarang pada umumnya gagal untuk memberi kepastian tentang sejarah penempatan mereka. Besar kemungkinan benar bahawa perpindahan mereka ke Kelantan berlaku selepas penempatan orang Siam di Patani dan Narathiwat. Perpindahan ini seperti yang dinyatakan oleh Golomb lebih bersifat beberapa keluarga keluar dari kampung asal untuk mencari kawasan baru dan mereka bergerak ke selatan. Namun, sejarah sebelum itu terutama semasa berada di Wilayah Patani atau Narathiwat termasuk Tak Bai tidak diketahui dengan pasti. Golomb (1978) berpendapat penempatan di Tumpat berlaku lebih kurang 100 tahun lalu.

    Hakikatnya Kelantan memiliki kuil Buddha yang terbesar di Asia Tenggara. "Wat Machimmaram" dibina oleh masyarakat Thai Kelantan dan kini sudah pun bercampur dengan budaya Cina tempatan. Oleh itu senibinanya dikatakan campuran pengaruh budaya Siam dan Cina. Kuil yang terletak di Tumpat Kelantan ini merupakan Patung Buddha Duduk (Sitting Buddha) yang terbesar di Asia Tenggara. Kuil yang mempunyai ketinggian 30 meter dengan lebar 47 meter ini, menjadi salah satu lokasi pelancongan yang dikenali oleh ramai pelancong. Satu lagi binaan yang juga terbesar di Asia Tenggara ialah Patung Buddha Tidur yang terletak di Kampung Beruk (nama lama) atau Kampung Jambu (nama baru). The Sleeping Buddha ini juga terletak di Daerah Tumpat, Kelantan dan diberi nama Wat Photivihan. Mengikut sejarah, pertalian Kelantan-Siam dikatakan bermula sejak pertengahan abad ke 13. Waktu itu orang-orang Siam sudah mula menyumbangkan pengaruh kekuasaannya ke Selatan Lembah Sungai Chao Phraya, menurun ke kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu (Nik Mohamed dlm. Alias Mohamed 1977). Walau bagaimanapun pertalian ini berubah menjadi perlindungan apabila Long Muhammad menjadi Sultan Muhammad I pada tahun 1800/1801. Baginda menghantar Pak Wan Mahmud sebagai utusan menghadap Maharaja Siam dan sebagai tanda perhubungan setia Sultan Muhammad mengirim bunga mas ke Siam tiga tahun sekali. Pada tahun 1832 Sultan sekali lagi menghantar utusan ke Ligor dan dari Ligor ke Bangkok mengadap Maharaja Siam kerana bimbang akan ancaman dari Terengganu yang berpakat dengan Pattani. Kepulangan utusan itu membawa bersama suatu persetiaan antara negeri Kelantan dengan Kerajaan Siam diwujudkan dan Kelantan hendaklah menghantar ufti bunga emas tiap-tiap tiga tahun sekali ke Siam sebagai balasan di atas kesanggupan Siam mengawasi musuh-musuh dari. Kekuatan pengaruh Siam dapat dilihat melalui tindakan Raja Siam yang telah memperkenankan Long Senik Mulut Merah menjadi Raja Kelantan pada tahun 1837 dengan gelaran Sultan Muhammad II apabila Sultan Muhammad I mangkat pada tahun 1835. Apa yang jelas, hanya pada akhir kurun ke 18, Siam dikatakan telah menguasai Kelantan dan ini berakhir hingga tahun 1909 apabila negeri itu bersama-sama Kedah, Perlis dan Terengganu dipindahkan ke tangan British dalam perjanjian Anglo-Siamese. Menurut Perjanjian Siam-Inggeris 1909, Kerajaan Siam bersetuju menyerahkan segala haknya keatas Negeri Kelantan kepada British. Dengan perjanjian ini maka Kelantan telah kehilangan sebuah jajahan yang menurut Kitab Tarikh Kelantan adalah seperti berikut: "Pada masa negeri Kelantan bersetia dengan Siam adalah lebih kurang 15,000 oang Siam yang mendiami tempat-tempat di sebelah kanan mudik Sungai Tabal itu. Tetapi oleh sebab Surat Setia di antara kerajaan Siam dengan Kerajaan Inggeris yang berkenaan dengan perkara penyerahan negeri Kelantan, Kedah, dan Terengganu tidaklah diperbuat oleh Kerajaan Siam, bahawa Sungai Tabal itu sempadan jajahan Siam dengan jajahan Kelantan serta ditolakkan sebuah daerah di dalam Legeh yang dibawah bendera Siam kepada Kelantan iaitu sebelah ulu negeri Kelantan dan setengah tanah dalam jajahan Reman yang di bawah benderanya jua kepada negeri Perak.

ASAS PHOTOSHOP

ASAS PHOTOSHOP


Gambar   : Contoh efek yang dihasilkan menggunakan perisian Adobe Photoshop


     Software Photoshop adalah suatu program editing gambar yang digunakan untuk membuat, mengolah dan menghasilkan suatu gambar (image) digital dengan cara teknik menggunakan efek pada gambar, sehingga gambar berubah dari rupa asalnya dan berkualiti tinggi. Dengan Adobe Photoshop kita dapat mengolah berbagai macam bentuk ilustrasi secara tepat seperti : majalah, tabloid, cover buku, brosur dan lain-lain.

Wednesday, July 10, 2019

My Profile



Nama saya Azlaida Binti Mohd Noor. No.Matrik 266890.Umur saya 35 tahun. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Saya tinggal di Kubang Kerian, Kelantan. Sekarang saya sedang berkhidmat di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kelantan sebagai Pembantu Penguasa Kastam. Saya juga sedang menyambung pengajian secara jarak jauh di Universiti Utara Malaysia Kampus Kota Bharu dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam. Hobi saya ialah melakukan aktiviti lasak dan zumba.

Program Pemantapan Jati Diri dan Integriti



Program ni dianjurkan untuk memberi input dan keyakinan dalam diri anggota dalam melaksanakan tugas seharian. Banyak aktiviti yang disediakan seperti flying fox, team building, menjelajah hutan dan lain-lain lagi. Banyak input dan pengalaman yang saya dapat sepanjang mengikuti program ini.




Resipi Nasi Ayam Powerrr


Mesti ramai yang suka makan nasi ayam kan. Tak kiralah hari-hari biasa atau hari istimewa, nasi ayam ni memang sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Lagipun, semua peringkat umur boleh makan, daripada anak-anak kecil hinggalah ke warga emas. Sebab itulah mak-mak kena standby siap-siap at least satu resepi nasi ayam untuk kita masak untuk famili mahupun tetamu.
Di sini saya nak kongsikan satu resepi nasi ayam simple tapi cukup power, hasil air tangan Puan Rosma Ros. Yang paling menyelerakan tentulah ayam gorengnya yang cantik berkilat. Dimakan pula panas-panas dengan nasi yang lembut, sup yang sedap dihirup, kicap yang menaikkan rasa dan sos yang memukau – mesti terangkat!
Jom kita tengok resepi nasi ayam yang lengkap dan disertakan dengan step-by-step ini. Mudah je, mesti semua orang boleh buat.

RESEPI NASI AYAM SIMPLE TAPI POWER

BAHAN-BAHAN

A. Untuk Rebusan Ayam
  • Seekor ayam
  • 1 biji bawang besar dipotong kasar
  • Seinci halia diketuk
  • 2 batang serai
  • 3 ulas bawang putih
B. Untuk Nasi
  • 5 cawan beras
  • Seinci halia dipotong nipis
  • 3 biji bawang merah dipotong halus
  • 4 ulas bawang putih dipotong halus
  • Sebatang kulit kayu manis (kecil)
  • Bunga lawang
  • Cengkih
  • Lemak ayam yang kita kumpul tadi
  • 1 sudu makan margerin/ butter
  • 1 ketul kiub ayam
  • Sedikit kunyit. Tak perlu banyak sangat nanti terlalu kuning
  • Daun pandan simpul
  • Garam
C. Untuk Ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • Setengah inci halia
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos lada hitam
  • Kicap manis secukupnya
  • Setengah sudu gula merah/ gula kabung
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil pati ayam
  • Sedikit margerin

1. BASUH & POTONG AYAM

Macam biasa ayam seekor, ikut suka nak potong macam mana. Asingkan lemak tapi jangan buang lemaknya, sebab nanti nak guna untuk buat minyak ayam.
Kalau suka ayam macam di kedai, tak payah potong, boleh guna seekor terus.

2. REBUS AYAM

Kita rebus dulu ayam sebelum diperap dan digoreng supaya dapat hasil yang juicy dan cantik. Air rebusan ayam ni kita akan gunakan untuk masak nasi nanti.
Caranya, panaskan air bersama bahan-bahan A di atas. Tunggu sampai mendidih, baru masukkan ayam. Jangan lama-lama sangat takut ayam kecut.

3. MASAK NASI

Seterusnya untuk memasak nasi, kita akan guna bahan-bahan B di atas.
Mula-mula, masukkan lemak ayam ke dalam periuk nasi bersama sedikit marjerin. Buka api sederhana dan biarkan lemak bertukar menjadi minyak.
Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sekejap saja jangan sampai garing, biarkan layu je.
Kemudian masukkan beras yang dibasuh, pati ayam, marjerin, daun pandan dan garam. Goreng sekejap semua bahan ini sampai sebati.
Masukkan air rebus ayam tadi bersama sedikit kunyit, sukatan air macam biasa, jangan terlalu banyak nanti lembik. Tanak nasi sampai masak.

4. PERAP & GORENG AYAM

Untuk sediakan ayam goreng yang cantik dan berkilat, kita akan gunakan bahan C di atas.
Mula-mula, tumbukkan halia dan bawang putih, perah dan ambil jusnya saja. Kemudian, gaul semua bahan lain hingga sebati. Perap sekurang-kurangnya 1 jam dengan ayam yang dah direbus tadi. Kalau lagi lama lagi sedap.
*Nak bagi berkilat, masukkan ayam dalam kuali dengan untuk digoreng dengan sedikit kuah perapan ayam tadi dan tambah satu sudu madu. Kalau tak ada madu, letak marjerin sikit nak bagi kilat je. Gaul ayam dan kalau nampak dah berkilat, terus angkat dan toskan.
Masa goreng, guna api perlahan, kena selalu alihkan ayam supaya tak hangit. Masak jangan lama sangat takut ayam tak juicy.

5. SEDIAKAN SOS / SAMBAL

Makan nasi ayam memang tak sahlah kalau tak ada sos atau sambalnya, kan.
Nak buat ni senang saja, bahan-bahannya seperti di bawah:
  • 5-7 biji cili besar (Kalau suka pedas boleh letak cili padi / cili api merah)
  • Gula secukupnya
  • Gula kabung sedikit
  • Garam
  • 5 ulas bwg putih
  • Limau nipis agak-agak masam (Kalau tak ada boleh ganti dengan cuka)
  • Sos cili 4-5 sudu
Caranya, blenderkan semua bahan dan masak atas api sampai pekat. Kalau suka yang cair, masak sampai mendidih saja lepas tu boleh tutup api.

6. KUAH KICAP

Kuah kicap sebagai pelengkap. Gunakan kuah perapan yang lebih tadi dan tambah air rebusan ayam dan kicap secukupnya.
Masakkan sekejap atas api. Siap!

7. MASAK SUP

Kemudian, nak masak sup kita gunakan bahagian ayam yang kecil-kecil tadi. Contohnya kaki ayam, tulang, tengkuk, dan sebagainya. Rebus sampai masak. Masukkan sekeping kulit kayu manis, sedikit bunga lawang dan cengkih.
Kemudian masukkan pati ayam, perencah cukup rasa Maggi, lada sulah, dan garam. Rebus hingga menggelegak. Perasakan dengan garam jika perlu.
Bila dah masak, boleh taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
resepi nasi ayam

8. SEDIAKAN SALAD / SAYURAN

Akhir sekali, bolehlah hiriskan timun, tomato, carrot dan daun salad untuk dihidang bersama nasi ayam ini. Barulah seimbang kan, cukup semua ada – nasi, protein, sayuran.
resepi nasi ayam

SIAP!

Beginilah hasilnya….
Tengok pun terliur kan? Jadi, lain kali bolehlah cuba resepi nasi ayam yang cukup lengkap ini. Insha Allah tak mengecewakan.

Majlis Sanjung Budi dan Lambaian Kasih




Assalamualaikum.. Hari ni aku nk cite sikit pasal Majlis Sanjung Budi dan Lambaian Kasih sempena persaraan Big Boss tempat keje aku.. Majlis ni di adakan di Hotel Emas Link Pacific. Semua pegawai dan anggota dijemput untuk menghadiri majlis ni..So, aku tak lepaskan peluang la untuk hadir dan masa ni la dapat berjumpa dengan geng2 aku yang duduk cawangan lain.









Aktiviti Hiking di Bukit Keluang



Hai korang..Rasa macam sudah lama tak mendaki bukit! Harapnya stamina masih kuat lagi untuk aktiviti hiking ni..Harini aku nak cite sikit pasal aktiviti aku mendaki Bukit Keluang. Bukit Keluang ni terletak di Besut, Terengganu. Perjalanan dari Kota Bharu ke Besut mengambil masa lebih kurang sejam.



Permulaan pendakian agak mencabar sebab kena mendaki tangga yang agak curam. Lepas tu kena ikut trek laluan tanah dan akar kayu juga boleh tahan mencabar. Dalam 30 minit korang dah boleh sampai kat puncak kalau tak banyak berhenti rehat. Tinggi Bukit ni lebih kurang 200m je dari aras laut. So, takdelah tinggi sangat.